Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian VI · Perbankan Labuan

100. Pembayaran daripada akaun si mati

Feedback & support
(1)

Walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang, pemegang lesen bank boleh, tanpa mengemukakan surat kuasa probet atau surat kuasa pentadbiran, membayar apa-apa jumlah wang yang tidak melebihi jumlah yang bersamaan dengan lima ribu ringgit yang terdapat pada kredit si mati kepada mana-mana orang yang mengemukakan bukti yang memuaskan mengenai—

(a)

kematian si mati itu; dan

(b)

haknya di bawah undang-undang terhadap jumlah wang yang terdapat pada kredit si mati.

Undang-Undang Malaysia 116

(2)

Pemegang lesen bank tidak boleh membuat apa-apa pembayaran di bawah subseksyen (1) jika pemegang lesen bank itu telah menerima tuntutan lain terhadap apa-apa wang yang terdapat pada kredit si mati.

(3)

Pemegang lesen atau pengarah atau pegawainya tidaklah bertanggungan berkenaan dengan apa-apa tuntutan oleh mana-mana orang berkaitan dengan apa-apa pembayaran yang dibuat mengikut seksyen ini tetapi orang itu boleh mendapatkan balik jumlah wang yang kena dibayar kepadanya secara sah daripada orang yang kepadanya pembayaran itu telah dibuat.

Report

Bahagian VII

Insurans Labuan

Bahagian VIII

Pengurusan Syarikat

Bahagian IX

Bahagian X

Organisasi Kawal Selia Sendiri

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Syarikat Labuan 1990.

Bahagian XI

Rayuan

Schedules