Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian VI · Perbankan Labuan

98. Larangan mengenai akaun tertentu

Feedback & support
(1)

Tiada pemegang lesen bank boleh menerima apa-apa wang atas deposit atau pinjaman yang boleh dibayar balik atas tuntutan melalui cek, draf, perintah atau apa-apa surat cara lain yang dikeluarkan oleh pendeposit daripada pemegang lesen bank.

(2)

Tiap-tiap pemegang lesen bank hendaklah menjalankan siasatan dengan usaha sewajarnya sebelum membuka apa-apa akaun bagi seseorang pelanggan.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.

Report

Bahagian VII

Insurans Labuan

Bahagian VIII

Pengurusan Syarikat

Bahagian IX

Bahagian X

Organisasi Kawal Selia Sendiri

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Syarikat Labuan 1990.

Bahagian XI

Rayuan

Schedules