Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian VI · Perbankan Labuan

94. Pengekalan nisbah kecukupan modal

Feedback & support
(1)

Tiada pemegang lesen bank boleh menjalankan perniagaan perbankan Labuan atau perniagaan perbankan pelaburan Labuan jika wang modalnya adalah kurang daripada amaun yang ditentukan secara bertulis oleh Lembaga.

(2)

Tiap-tiap pemegang lesen bank hendaklah mengekalkan pada setiap masa, apa-apa nisbah kecukupan modal, yang ditentukan secara bertulis oleh Lembaga dari semasa ke semasa dan tiada pemegang lesen bank boleh menjalankan perniagaan perbankan

Labuan atau perniagaan perbankan pelaburan Labuan jika nisbah kecukupan modal yang ditentukan itu tidak dipatuhi, kecuali dengan kelulusan Lembaga.

(3)

Pemegang lesen bank hendaklah pada setiap masa mengekalkan wang modalnya untuk mencerminkan nisbah modal dibeban risiko sebagaimana yang ditentukan secara bertulis oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

(4)

Lembaga boleh mengarahkan pemegang lesen bank untuk mengambil langkah yang wajar untuk membetulkan apa-apa kekurangan dalam nisbah yang ditentukan itu mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Lembaga.

Report

Bahagian VII

Insurans Labuan

Bahagian VIII

Pengurusan Syarikat

Bahagian IX

Bahagian X

Organisasi Kawal Selia Sendiri

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Syarikat Labuan 1990.

Bahagian XI

Rayuan

Schedules