Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian XI · Organisasi Kawal Selia Sendiri Islam

114. Kaedah-kaedah organisasi kawal selia sendiri Islam

Feedback & support
(1)

Sesuatu organisasi kawal selia sendiri Islam boleh membuat kaedah-kaedah, yang selaras dengan Akta ini, apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga atau apa-apa undang-undang lain yang terpakai, berkenaan dengan perkara yang baginya organisasi kawal selia sendiri Islam itu mempunyai fungsi pengawalseliaan atau penyeliaan, termasuk apa-apa fungsi yang diwakilkan kepadanya

Lembaga.

(2)

Kaedah-kaedah yang dibuat oleh sesuatu organisasi kawal selia sendiri Islam di bawah subseksyen (1) dan pindaan kepadanya, tidak mempunyai kuat kuasa melainkan jika diluluskan selainnya oleh Lembaga.

(3)

Lembaga hendaklah dianggap telah memberikan kelulusan bagi maksud subseksyen (1) jika ia tidak membantah terhadap kaedah-kaedah atau pindaan kepadanya itu dalam masa satu bulan selepas kaedah-kaedah atau pindaan itu dikemukakan kepada

Lembaga untuk kelulusan.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 133

(4)

Kaedah-kaedah sesuatu organisasi kawal selia sendiri Islam boleh membuat peruntukan mengenai pemegangan syer dan hak mengundi dalam organisasi kawal selia sendiri Islam itu demi kepentingan anggota organisasi kawal selia sendiri Islam, pengguna, pelabur dan pengguna perkhidmatan mereka.

Report

Bahagian XII

Bahagian VII

Bahagian VII), atau pemiutang entiti berlesen itu, atau apa-apa ketidakteraturan serius lain, telah berlaku.

Schedules