Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian XI · Organisasi Kawal Selia Sendiri Islam
121. Penyata kewangan suatu organisasi kawal selia sendiri Islam
Feedback & supportDalam masa enam bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, organisasi kawal selia sendiri Islam hendaklah menfailkan dengan Lembaga suatu salinan, yang diperakui oleh setiausaha sebagai salinan benar, penyata kewangan organisasi kawal selia sendiri Islam bagi tahun itu yang disediakan dan diaudit mengikut Bahagian VI Akta Syarikat Labuan 1990.
Undang-Undang Malaysia 136
Penyata kewangan itu hendaklah diaudit oleh seorang juruaudit.
Jika, dalam penjalanan auditnya, juruaudit sesuatu organisasi kawal selia sendiri Islam mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa—
telah berlaku perubahan bertentangan yang material dalam risiko yang terdapat dalam perniagaan sesuatu organisasi kawal selia sendiri Islam itu yang berpotensi untuk menjejaskan keupayaan organisasi kawal selia sendiri
Islam itu sebagai suatu usaha berterusan;
organisasi kawal selia sendiri Islam itu mungkin telah melanggar Akta ini, apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga atau apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga;
suatu jenayah kewangan telah, sedang atau mungkin dilakukan; atau
ketidakteraturan serius telah berlaku, dia hendaklah dengan serta-merta melaporkan perkara itu secara bertulis kepada Lembaga.
Apa-apa laporan yang dibuat di bawah subseksyen (3) tidak menjadi pelanggaran kewajipan juruaudit.