Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian XI · Organisasi Kawal Selia Sendiri Islam

117. Kuasa untuk mengarahkan organisasi kawal selia sendiri Islam

Feedback & support
(1)

Lembaga boleh, selepas memberi organisasi kawal selia sendiri Islam peluang yang munasabah untuk membuat representasi tentang perkara itu, memberikan suatu arahan bertulis kepada organisasi kawal selia sendiri Islam itu—

(a)

yang menggantung, bagi tempoh yang dinyatakan dalam arahan itu, peruntukan tertentu perlembagaannya atau kaedah-kaedahnya;

Undang-Undang Malaysia 134

(b)

yang menghendaki, tertakluk pada Akta Syarikat Labuan 1990 atau mana-mana undang-undang lain, pindaan perlembagaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu bagi menyelaraskannya dengan Akta ini, mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat oleh Lembaga;

(c)

yang menghendaki pindaan kaedah-kaedahnya sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu bagi menyelaraskannya dengan Akta yang berkaitan; atau

(d)

bagi pelaksanaan atau penguatkuasaan perlembagaannya atau kaedah-kaedahnya.

(2)

Subseksyen (1) tidak boleh membataskan arahan yang boleh diberikan oleh Lembaga kepada sesuatu organisasi kawal selia sendiri Islam.

Report

Bahagian XII

Bahagian VII

Bahagian VII), atau pemiutang entiti berlesen itu, atau apa-apa ketidakteraturan serius lain, telah berlaku.

Schedules