Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian XI · Organisasi Kawal Selia Sendiri Islam
120. Perlindungan bagi organisasi kawal selia sendiri Islam
Feedback & supportSesuatu organisasi kawal selia sendiri Islam, pegawai atau pekerja organisasi kawal selia sendiri Islam atau seseorang anggota suatu jawatankuasa suatu organisasi kawal selia sendiri Islam tidak boleh bertanggungan bagi apa-apa kerugian yang dialami oleh atau kerosakan yang disebabkan kepada mana-mana orang hasil daripada apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya dalam pelaksanaan, dengan suci hati, fungsi dan kewajipan mereka berkaitan dengan fungsi pengawalseliaan atau penyeliaan organisasi kawal selia sendiri Islam, termasuk fungsi yang diwakilkan kepadanya oleh Lembaga.