Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bab 1

14. Pernyataan palsu atau mengelirukan

Feedback & support
(1)

Jika apa-apa pernyataan atau maklumat dikehendaki supaya dikemukakan kepada Lembaga berhubung dengan apa-apa tawaran atau pelawaan sekuriti yang dikemukakan menurut seksyen 13, seseorang pemohon atau mana-mana pegawainya tidak boleh—

(a)

mengemukakan atau menyebabkan supaya dikemukakan apa-apa pernyataan atau maklumat palsu atau yang mengelirukan;

Undang-Undang Malaysia 36

(b)

mengemukakan atau menyebabkan supaya dikemukakan apa-apa pernyataan atau maklumat yang mempunyai peninggalan material; atau

(c)

terlibat dalam atau membantu atau menyubahati tingkah laku yang diketahuinya mengelirukan atau memperdayakan atau yang berkemungkinan mengelirukan atau memperdayakan

Lembaga.

(2)

Menjadi suatu pembelaan terhadap suatu pendakwaan atau apa-apa prosiding bagi pelanggaran subseksyen (1) jika dibuktikan bahawa defendan, selepas membuat siasatan yang munasabah dalam hal keadaan itu, mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai, dan telah mempercayai sehingga masa pernyataan itu dibuat atau maklumat itu diberikan atau tingkah laku itu dilakukan mempercayai bahawa—

(a)

pernyataan atau maklumat itu adalah benar dan tidak mengelirukan;

(b)

peninggalan itu tidak material;

(c)

tidak terdapat apa-apa peninggalan yang material; atau

(d)

tingkah laku yang berkenaan tidak mengelirukan atau memperdayakan.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report

Bab 2

Bahagian IV

Dana Bersama Islam

Bab 3

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bahagian V

Pelesenan Perantara Pasaran

Bahagian VI

Perbankan Islam Labuan

Bahagian VII

Perniagaan Takaful Labuan dan Aktiviti Berkaitan Takaful Labuan

Bahagian VIII

Amanah Islam Labuan

Bahagian IX

Yayasan Islam Labuan

Bahagian X

Perkongsian Terhad Islam Labuan dan Perkongsian Liabiliti Terhad Islam Labuan

Bahagian XI

Organisasi Kawal Selia Sendiri Islam

Bahagian XII

Bahagian VII

Bahagian VII), atau pemiutang entiti berlesen itu, atau apa-apa ketidakteraturan serius lain, telah berlaku.

Schedules