Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bab 1
16. Pendaftaran prospektus
Feedback & supportSeseorang tidak boleh menerbitkan, menawarkan untuk dipohon beli atau dibeli, membuat pelawaan untuk dipohon beli atau dibeli, sekuriti dalam atau dari dalam Labuan melainkan jika suatu prospektus berhubung dengan tawaran atau pelawaan itu telah didaftarkan dengan Lembaga.
Walau apa pun subseksyen (1), kehendak di bawah subseksyen itu tidak terpakai jika tawaran atau pelawaan itu dibuat menurut atau berkaitan dengan sesuatu tawaran atau pelawaan yang dikecualikan di bawah subseksyen 13(5).
Lembaga tidak boleh mendaftarkan salinan mana-mana prospektus—
jika prospektus itu mengandungi apa-apa pernyataan atau perkara yang pada pendapatnya mengelirukan dari segi bentuk dan konteks pernyataan itu dimasukkan; dan
melainkan jika—
suatu salinan yang ditandatangani oleh tiap-tiap pengarah dan oleh tiap-tiap orang yang namanya terdapat dalamnya sebagai pengarah yang dicadangkan bagi perbadanan itu atau pengendali dalam hal dana awam Islam yang memohon bagi pendaftaran di bawah seksyen 36 atau oleh ejen mereka yang diberi kuasa secara bertulis diserahkan kepada Lembaga pada atau sebelum tarikh pengeluarannya;
prospektus itu ternyata mematuhi kehendak Akta ini atau peraturan-peraturan atau Lembaga berpuas hati bahawa apa-apa penyimpangan daripada kehendak Akta ini atau peraturan-peraturan oleh prospektus itu adalah wajar dan tidak bermungkinan untuk mengelirukan seseorang yang melabur berdasarkan kepercayaan pada kandungan prospektus itu; dan
Undang-Undang Malaysia 38
telah juga diserahkan kepada Lembaga—
dalam hal suatu prospektus yang berhubungan dengan dana awam Islam—
suatu perakuan daripada seorang pakar yang memperakukan bahawa prospektus itu mematuhi kehendak
Bahagian IV; dan
jika semua atau mana-mana bahagian prospektus itu tidak dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, suatu terjemahan prospektus itu atau sebahagian prospektus itu dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, yang ditentusahkan mengikut cara yang memuaskan hati
Lembaga;
dalam hal mana-mana prospektus lain, suatu salinan, yang ditentusahkan sebagaimana yang ditentukan, apa-apa persetujuan yang dikehendaki oleh seksyen 18 bagi pengeluaran prospektus dan apa-apa kontrak meterial yang disebut dalam prospektus itu atau, dalam hal apa-apa kontrak sedemikian yang tidak dalam bentuk bertulis, suatu memorandum yang memberikan butir-butir lengkap mengenainya, yang ditentusahkan sebagaimana yang ditentukan.
Jika suatu prospektus dikeluarkan tanpa suatu salinannya didaftarkan sedemikian, perbadanan dan tiap-tiap orang yang dengan disedarinya menjadi suatu pihak dalam pengeluaran prospektus itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Berhubung dengan suatu prospektus yang berhubungan dengan dana awam Islam, prospektus itu hendaklah, sebagai tambahan—
memberikan pendedahan lengkap, benar dan jelas mengenai semua fakta dan hal keadaan yang boleh memudahkan
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 39
seseorang bakal pelabur membuat suatu penilaian munasabah dalam menentukan sama ada untuk membeli atau memohon beli syer sesuatu dana awam Islam;
mengandungi suatu pernyataan ringkasan mengenai hak pelabur yang diperuntukkan oleh seksyen 41; dan
jika dana awam Islam telah beroperasi selama satu tahun kewangan yang lengkap, disertai dengan atau mengandungi rujukan mengenai tersedianya penyata kewangan bagi tahun kewangan dana awam Islam itu yang sebaik sebelum tarikh tawaran itu dan laporan juruaudit mengenainya.
Jika apa-apa perubahan berlaku yang menjejaskan secara material mana-mana perkara yang dikehendaki supaya dizahirkan di bawah subseksyen (5), atau terdapat peruntukan material yang menjejaskan perkara yang dizahirkan dalam prospektus, pengurus dana bagi dana awam Islam itu atau penaja, hendaklah dalam masa tiga puluh hari dari berlakunya perubahan itu memasukkan perubahan itu dalam prospektus yang berhubung dengan dana awam
Islam itu atau tawaran menurut subseksyen 13(1) dan memberikan suatu salinannya kepada setiap pelaburnya dan kepada Lembaga.