Skip to content

Seksyen 20

Liabiliti jenayah kerana pernyataan silap dalam prospektus

of Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010

ActIn forceProvision 20 of 161
Seksyen 20
(1)

Jika dalam mana-mana prospektus, atau dalam mana-mana iklan daripada jenis yang disebut dalam seksyen 15, terdapat suatu pernyataan tidak benar atau ketidakdedahan sengaja, mana-mana orang yang membenarkan atau menyebabkan pengeluaran prospektus atau iklan itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2)

Seseorang tidak boleh bertanggungan di bawah subseksyen (1) jika dia membuktikan bahawa pernyataan atau ketidakdedahan itu tidak material atau bahawa dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai dan telah mempercayai, sehingga masa pengeluaran prospektus itu, bahawa pernyataan itu adalah benar atau bahawa ketidakdedahan itu tidak material.

(3)

Seseorang tidak boleh disifatkan sebagai telah membenarkan atau menyebabkan pengeluaran sesuatu prospektus semata-mata disebabkan oleh dia memberikan persetujuan yang dikehendaki oleh Bahagian ini bagi kemasukan suatu pernyataan yang berupa sebagai dibuat olehnya sebagai seorang pakar ke dalam prospektus itu.

Syarikat amanah Labuan, pemegang lesen bank atau pemegang lesen bank Islam sebagai ejen bagi tawaran