Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bab 1

17. Section 17

Feedback & support

Dokumen yang mengandungi tawaran sekuriti hendaklah dibuat melalui syarikat amanah Labuan atau pemegang lesen bank atau pemegang lesen bank Islam dan hendaklah disifatkan sebagai prospektus

(1)

Jika sesuatu perbadanan mengumpukkan atau menerbitkan atau bersetuju untuk mengumpukkan atau menerbitkan apa-apa sekuriti kepada mana-mana orang menurut subseksyen 13(1), yang merupakan tawaran yang tidak dikecualikan di bawah subseksyen 13(5), tawaran atau pelawaan sekuriti itu hendaklah dibuat melalui ejennya yang hendaklah merupakan suatu syarikat amanah Labuan atau pemegang lesen bank atau pemegang lesen bank Islam.

(2)

Apa-apa dokumen yang melaluinya tawaran menurut subseksyen 13(1) dibuat, hendaklah, bagi segala maksud disifatkan sebagai suatu prospektus yang dikeluarkan oleh perbadanan itu, dan semua undang-undang bertulis dan rukun undang-undang tentang kandungan prospektus dan tentang liabiliti berkenaan dengan iklan dan pernyataan dan ketidakdedahan dalam prospektus, atau selainnya yang berhubungan dengan prospektus, hendaklah terpakai dan mempunyai kuat kuasa sewajarnya seolah-olah sekuriti itu telah

Undang-Undang Malaysia 40

ditawarkan menurut subseksyen 13(1) dan seolah-olah orang yang menerima tawaran itu berkenaan dengan apa-apa sekuriti itu ialah pemohon beli baginya tetapi tanpa menjejaskan liabiliti, jika ada, orang yang membuat tawaran itu berkenaan dengan pernyataan atau ketidakdedahan dalam dokumen itu atau selainnya.

(3)

Bagi maksud Akta ini, melainkan jika sebaliknya dibuktikan, hendaklah menjadi keterangan bahawa suatu pengumpukan, atau suatu perjanjian untuk mengumpukkan, sekuriti telah dibuat oleh suatu perbadanan dengan tujuan untuk menawarkan sekuriti itu di bawah subseksyen 13(1) jika ditunjukkan—

(a)

bahawa suatu tawaran sekuriti di bawah subseksyen 13(1)

telah dibuat dalam masa enam bulan selepas pengumpukan atau perjanjian untuk mengumpukkan itu; atau

(b)

bahawa pada tarikh tawaran sekuriti di bawah subseksyen 13(1) dibuat, keseluruhan balasan yang hendaklah diterima oleh perbadanan itu berkenaan dengan sekuriti itu telah tidak diterima sedemikian.

(4)

Kehendak Bahagian ini tentang prospektus hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah orang yang membuat tawaran yang dimaksudkan oleh seksyen ini ialah orang yang dinamakan dalam sesuatu prospektus sebagai pengarah suatu perbadanan.

(5)

Sebagai tambahan kepada pematuhan kehendak lain dalam Bahagian ini, dokumen yang membuat tawaran hendaklah menyatakan—

(a)

amaun bersih balasan yang diterima atau yang akan diterima oleh perbadanan yang membuat tawaran berkenaan dengan sekuriti yang dimaksudkan oleh tawaran itu; dan

(b)

tempat dan masa bagi kontrak yang di bawahnya sekuriti itu telah atau akan diumpukkan boleh diperiksa.

(6)

Jika suatu tawaran yang dimaksudkan oleh seksyen ini dibuat oleh perbadanan, hendaklah mencukupi jika dokumen yang disebut dalam subseksyen (2) itu ditandatangani bagi pihak perbadanan itu oleh dua orang pengarah perbadanan itu dan mana-mana pengarah sedemikian boleh memberi kuasa kepada ejennya secara bertulis untuk menandatangan bagi pihaknya.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 41

Report

Bab 2

Bahagian IV

Dana Bersama Islam

Bab 3

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bahagian V

Pelesenan Perantara Pasaran

Bahagian VI

Perbankan Islam Labuan

Bahagian VII

Perniagaan Takaful Labuan dan Aktiviti Berkaitan Takaful Labuan

Bahagian VIII

Amanah Islam Labuan

Bahagian IX

Yayasan Islam Labuan

Bahagian X

Perkongsian Terhad Islam Labuan dan Perkongsian Liabiliti Terhad Islam Labuan

Bahagian XI

Organisasi Kawal Selia Sendiri Islam

Bahagian XII

Bahagian VII

Bahagian VII), atau pemiutang entiti berlesen itu, atau apa-apa ketidakteraturan serius lain, telah berlaku.

Schedules