Skip to content
In forceUpdated to 5 Sep 2022Read it in English

Bahagian VI

31A. Keputusan yang dibuat di bawah Akta adalah muktamad

Feedback & support

Apa-apa keputusan yang dibuat di bawah Akta ini—

(a)

untuk memberikan atau tidak memberikan bantuan guaman di bawah Bahagian III atau IV;

(b)

untuk membatalkan perakuan bantuan guaman atau menolak permohonan bagi maksud itu di bawah seksyen 19; atau

Bantuan Guaman 37

(c)

untuk memperakukan di bawah seksyen 27 bahawa seseorang yang dibantu ada alasan baik untuk merayu atau menolak permohonan bagi maksud itu, adalah terakhir dan muktamad dan tidak boleh dipersoalkan atau dikaji semula dalam mana-mana mahkamah:

Dengan syarat bahawa mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan suatu keputusan yang dibuat di bawah Akta ini oleh sesiapa yang dilantik di bawah subseksyen 3(2) untuk menolak permohonan untuk bantuan guaman boleh merayu kepada Ketua Pengarah dan keputusannya mengenai rayuan itu terakhir dan muktamad dan tidak boleh dipersoalkan atau dikaji semula dalam mana-mana mahkamah.

Report