Skip to content
In forceUpdated to 5 Sep 2022Read it in English

Bahagian VI

32. Peraturan-peraturan

Feedback & support
(1)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini untuk menetapkan apa-apa jua

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 26

yang boleh ditetapkan (selain bagi maksud mengawal selia amalan dan tatacara mana-mana mahkamah).

(2)

Dengan tidak menyentuh keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen itu boleh membuat peruntukan bagi mana-mana atau semua daripada perkara yang berikut:

(a)

fi, caj dan kos berhubung dengan prosiding yang dalamnya orang yang dibantu atau yang diberi bantuan guaman di bawah Akta ini menjadi satu pihak dan juga bagi meremitkan mana-mana fi atau caj itu;

(b)

mendapatkan wang yang kena dibayar berkenaan dengan bantuan guaman dan bagi menguatkuasakan pertanggungan yang diwujudkan oleh Akta ini ke atas harta yang didapatkan atau dipertahankan bagi pihak seseorang yang menerima bantuan guaman, termasuk peruntukan—

(i)

bagi menguatkuasakan apa-apa perintah atau persetujuan untuk kos yang dibuat bagi faedah seseorang yang telah menerima bantuan guaman;

dan

(ii)

bagi mengehakkan peguam untuk mendapat kesemua atau sebahagian bayaran bergantung kepada pelaksanaan apa-apa kewajipan yang ditanggungkan ke atasnya oleh peraturan-peraturan yang dibuat bagi maksud perenggan ini;

(c)

apa-apa peruntukan yang perlu bagi hal keadaan khas jika—

(i)

seseorang meminta bantuan guaman dalam sesuatu perkara yang perlu disegerakan oleh sebab yang khas;

(ii)

seseorang mula menerima bantuan guaman selepas berunding dengan seseorang pegawai secara biasa

Bantuan Guaman 39

berkenaan dengan perkara itu, atau berhenti daripada menerima bantuan guaman sebelum perkara yang berkenaan itu diselesaikan dengan muktamad; dan

(iii)

terdapat apa-apa perubahan hal keadaan yang berkaitan dalam masa seseorang menerima bantuan guaman;

(ca)

untuk mengawal selia amalan dan tatacara pengantaraan;

(cb)

untuk mengawal selia amalan dan tatacara khidmat pendamping guaman; dan

(d)

apa-apa perkara lain bagi maksud melaksanakan mana-mana peruntukan Akta ini.

Pemansuhan

Report