Seksyen 66
Kewajipan untuk mengelak percanggahan kepentingan
of Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026
Ketua Pengarah atau pegawai yang dilantik tidak boleh mewakili kedua-dua pihak dalam prosiding sivil atau syariah yang sama.
(2)
Dalam hal keadaan orang yang dibantu yang berlainan terlibat dalam prosiding sivil atau syariah yang sama,
Ketua Pengarah hendaklah menugaskan peguam yang berlainan daripada panel peguam untuk mengendalikan prosiding sivil atau syariah itu secara bebas dan berkecuali demi kepentingan keadilan bagi kedua-dua pihak.
(3)
Seseorang peguam yang ditugaskan dan firma guamannya tidak boleh mewakili—
(a)
kedua-dua tertuduh yang dibantu dan mangsa jenayah yang dikatakan dilakukan oleh tertuduh yang dibantu dalam prosiding jenayah yang sama; atau
(b)
kedua-dua tertuduh yang dibantu dan mangsa jenayah yang dikatakan dilakukan oleh tertuduh yang dibantu, jika tertuduh yang dibantu itu merupakan subjek kepada apa-apa prosiding sivil yang dibawa oleh mangsa itu terhadapnya.
(4)
Sekiranya situasi yang disebut dalam subseksyen (3) timbul, seseorang peguam yang ditugaskan hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, memaklumkan kepada Ketua Pengarah atau
Ketua Pembela Awam mengenai fakta itu.
Keputusan muktamad