Seksyen 67
Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Ketua Pengarah atau
of Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026
Ketua Pembela Awam—
(a)
untuk memberikan atau enggan memberikan bantuan guaman di bawah Bahagian III atau khidmat pembelaan awam di bawah Bahagian IV kepada mana-mana pemohon;
(b)
untuk membatalkan perakuan bantuan guaman, menamatkan khidmat pendamping guaman atau membatalkan perakuan pembelaan awam; atau
Undang-Undang Malaysia 54
Akta 878
(c)
untuk menolak permohonan bagi bantuan guaman atau khidmat pembelaan awam untuk merayu terhadap keputusan mahkamah di bawah seksyen 33 atau 60
masing-masing kepada orang yang dibantu atau tertuduh yang dibantu, boleh dirayu kepada Menteri dan Menteri boleh mengesahkan, mengakas atau mengubah apa-apa keputusan Ketua Pengarah atau
Ketua Pembela Awam dan keputusan Menteri adalah muktamad.