Seksyen 71
Kuasa untuk menggantung
of Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026
Walau apa pun peruntukan Akta ini, Menteri boleh, selepas berunding dengan Menteri Kewangan, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menggantung mana-mana bantuan guaman atau khidmat pembelaan awam yang diperuntukkan di bawah Akta ini untuk suatu tempoh yang munasabah atas dasar kepentingan awam.
(2)
Apa-apa penggantungan bantuan guaman atau khidmat pembelaan awam yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen ini tidak boleh memberi kesan ke atas perakuan bantuan guaman atau perakuan pembelaan awam yang telah dikeluarkan di bawah
Akta ini sebelum penggantungan itu dan semua perkara yang berbangkit menurut keperluan perakuan itu hendaklah diteruskan oleh Ketua Pengarah hingga selesai setakat mana bantuan guaman atau khidmat pembelaan awam itu tidak terkesan dengan perintah penggantungan itu.