Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2017Read it in English
Contents

Bahagian VII · Pendaftaran, Akreditasi, Pemerakuan dan Latihan Personel Binaan

33. Pendaftaran personel binaan

(1)

Seseorang tidak boleh terlibat atau diambil atau mengaku janji untuk terlibat atau diambil sebagai personel binaan melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawah Akta ini.

(2)

Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi mana-mana personel binaan yang mempunyai kelayakan profesional dan berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

(3)

Lembaga hendaklah menyimpan dan menyenggarakan suatu

Daftar yang hendaklah mengandungi nama, alamat, tred, kemahiran dan butir-butir lain personel binaan berdaftar.

(4)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

Report

Bahagian VIII

Levi

Bahagian IX

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian X

Schedules