Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2017Read it in English
Contents

Bahagian VII · Pendaftaran, Akreditasi, Pemerakuan dan Latihan Personel Binaan

33A. Akreditasi dan pemerakuan penyelia tapak binaan dan pekerja binaan mahir

(1)

Tiada penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir boleh terlibat atau diambil, atau mengaku janji untuk terlibat atau diambil sebagai penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir melainkan jika dia diakreditasi dan diperakukan oleh Lembaga dan memegang suatu perakuan yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawah Akta ini.

(2)

Bagi maksud Akta ini, pekerja binaan mahir adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

(3)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual Ketiga.

(4)

Lembaga hendaklah menyimpan dan menyenggarakan suatu

Daftar yang hendaklah mengandungi nama, alamat, tred, kemahiran

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 520

dan butir-butir lain penyelia tapak binaan dan pekerja binaan mahir yang diakreditasi dan diperakukan.

(5)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

(6)

Mana-mana orang yang mengambil mana-mana penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir yang tidak diakreditasi dan diperakukan oleh Lembaga untuk menjalankan apa-apa kerja pembinaan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

Report

Bahagian VIII

Levi

Bahagian IX

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian X

Schedules