Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Act 1994 · Updated to 1 Dec 2017 · Bahagian VII · Pendaftaran, Akreditasi, Pemerakuan dan Latihan Personel Binaan
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Act 1994 · Updated to 1 Dec 2017 · Bahagian VII · Pendaftaran, Akreditasi, Pemerakuan dan Latihan Personel Binaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Lembaga hendaklah, mengikut cara yang ditentukan oleh
Lembaga, memperakukan bahan binaan yang digunakan dalam industri pembinaan dan yang dinyatakan dalam Jadual Keempat mengikut standard yang dinyatakan dalam Jadual itu.
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual Keempat.
Lembaga boleh menyimpan dan menyenggarakan suatu
Daftar mengenai butir-butir dan rekod kesemua bahan binaan yang diperakukan.
Lembaga boleh, bagi maksud pemerakuan di bawah subseksyen (1), mengenakan syarat yang difikirkannya patut.
Lembaga boleh menggantung, membatalkan, mengembalikan semula atau menolak pemerakuan dalam hal keadaan yang ditentukan oleh Lembaga.
Bahagian VIII
Bahagian IX