Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2017Read it in English
Contents

Bahagian VII · Pendaftaran, Akreditasi, Pemerakuan dan Latihan Personel Binaan

33E. Notis oleh Lembaga bagi orang yang berurusan dengan bahan binaan yang tidak diperakukan

(1)

Jika mana-mana bahan binaan yang tidak diperakukan mengikut Akta ini sedang diuruskan atau sedang diakui janji untuk diuruskan oleh atau akan diuruskan oleh mana-mana orang, Lembaga boleh, melalui notis dalam bentuk yang ditetapkan, menyampaikan kepada orang itu menghendaki orang itu supaya berhenti memulakan atau meneruskan, melibatkan diri dalam atau terlibat dalam atau mengaku janji untuk melibatkan diri atau terlibat dalam berurusan dengan bahan binaan yang tidak diperakukan itu.

(2)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi kehendak notis di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Report

Bahagian VIII

Levi

Bahagian IX

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian X

Schedules