Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 · Updated to 1 Aug 2022 · Bahagian IX
70. Daftar
Feedback & support(1)
Pendaftar hendaklah, tertakluk pada Akta ini, menyimpan apa-apa daftar yang difikirkannya perlu dalam apa-apa bentuk yang difikirkannya patut.
(2)
Mana-mana orang boleh, apabila fi yang ditetapkan dibayar—
(a)
memeriksa apa-apa dokumen yang diserah simpan dengan
Pendaftar di bawah Akta ini; atau
(b)
menghendaki suatu salinan terperaku atau tidak terperaku, atau cabutan daripada, apa-apa dokumen yang berhak untuk diperiksa oleh orang itu.