Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2022Read it in English

Bahagian IX

90. Perlindungan kepada pekongsi, pegawai atau pekerja tertentu yang membuat penzahiran

Feedback & support
(1)

Jika seseorang pekongsi, pegawai atau pekerja sesuatu perkongsian liabiliti terhad semasa melaksanakan kewajipannya mempercayai dengan munasabah tentang apa-apa perkara yang boleh atau akan menjadi suatu kemungkiran atau ketidakpatuhan terhadap peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya, atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan serius yang melibatkan fraud dan ketidakjujuran telah, sedang atau mungkin dilakukan terhadap perkongsian liabiliti terhad itu atau Akta ini oleh mana-mana pekongsi atau pegawai perkongsian liabiliti terhad itu, pekongsi, pegawai atau pekerja itu boleh melaporkan perkara itu secara bertulis kepada Pendaftar.

(2)

Tiada pekongsi, pegawai atau pekerja perkongsian liabiliti

Perkongsian Liabiliti Terhad 65

terhad itu boleh diberhentikan, diturunkan pangkat, digantung kerja, diancam atau diganggu atau dengan apa-apa cara lain didiskriminasikan terhadap terma-terma dan syarat-syarat perjanjian perkongsian liabiliti terhad, kontrak pekerjaan atau instrumen lain disebabkan oleh laporan yang dikemukakan olehnya di bawah subseksyen (1).

(3)

Tiada pekongsi, pegawai atau pekerja perkongsian liabiliti terhad boleh dibawa guaman terhadapnya di mana-mana mahkamah atau tertakluk pada mana-mana proses tribunal, termasuk tindakan disiplin bagi apa-apa laporan yang dikemukakan olehnya di bawah subseksyen (1) dengan syarat bahawa laporan itu dibuat dengan suci hati.

(4)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

“suatu kesalahan serius yang melibatkan fraud dan ketidakjujuran” ertinya suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun; dan

(b)

“pegawai” ertinya—

(i)

seorang pegawai pematuhan; dan

(ii)

seorang penerima atau pengurus bagi mana-mana bahagian perusahaan perkongsian liabiliti terhad itu yang dilantik di bawah kuasa yang terkandung dalam mana-mana instrumen.

Report