Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 · Updated to 1 Aug 2022 · Bahagian IX
72. Penyerahsimpanan semula dokumen berdaftar yang hilang
Feedback & supportJika Pendaftar mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu dokumen yang berhubung dengan suatu perkongsian liabiliti terhad yang diserah simpan di bawah Akta ini telah hilang atau musnah, dia boleh melalui notis bertulis mengarahkan perkongsian liabiliti terhad itu untuk menyerah simpan semula dokumen itu mengikut cara dan dalam bentuk yang ditentukan oleh
Pendaftar.
Perkongsian liabiliti terhad itu atau mana-mana pegawai pematuhan perkongsian liabiliti terhad itu hendaklah, dalam masa empat belas hari selepas penyampaian notis di bawah subseksyen (1)
atau apa-apa tempoh yang lebih lama yang dibenarkan oleh Pendaftar, mematuhi arahan Pendaftar itu.
Pada dan dari tarikh penyerahsimpanan yang dibuat di bawah subseksyen
, penyerahsimpanan dokumen itu hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sama seolah-olah penyerahsimpanan itu dibuat pada tarikh asal penyerahsimpanan itu.
Tiada fi yang kena dibayar apabila dokumen diserah simpan di bawah seksyen ini.
Jika sesuatu perkongsian liabiliti terhad tidak mematuhi arahan
Pendaftar di bawah subseksyen (1), perkongsian liabiliti terhad itu dan
Perkongsian Liabiliti Terhad 61
pegawai pematuhan melakukan suatu kesalahan.