Seksyen 75
Maklumat yang diperakukan oleh Pendaftar boleh diterima sebagai keterangan
of Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012
ActIn forceProvision 62 of 79
Seksyen 75
Apa-apa maklumat yang dibekalkan oleh Pendaftar yang diperakukan di bawah tandatangan dan meterainya sebagai cabutan yang benar daripada apa-apa dokumen yang diserah simpan atau dikemukakan kepada Pendaftar di bawah seksyen 73 atau dikeluarkan oleh Pendaftar di bawah seksyen 74 hendaklah diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding dan hendaklah dianggap, melainkan jika keterangan sebaliknya dibuktikan, sebagai cabutan yang benar daripada dokumen sedemikian.