Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2022Read it in English

Bahagian IX

80. Kesalahan bagi pernyataan palsu dan mengelirukan

Feedback & support
(1)

Seseorang yang dalam tiap-tiap penyata, perisytiharan, laporan, perakuan, kunci kira-kira atau dokumen lain yang dikehendaki oleh atau bagi maksud Akta ini membuat atau membenarkan untuk dibuat suatu pernyataan yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir-butir material dengan mengetahui pernyataan itu adalah palsu atau mengelirukan atau dengan sengaja meninggalkan atau membenarkan peninggalan atau penambahan bagi apa-apa perkara atau benda yang menjadikan dokumen itu mengelirukan tentang sesuatu perkara matan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak kurang daripada satu ratus lima puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), jika seseorang dalam suatu mesyuarat mengundi yang memihak kepada pembuatan suatu pernyataan yang disebut dalam subseksyen itu dengan mengetahui pernyataan itu adalah palsu, dia hendaklah disifatkan telah membenarkan pernyataan itu dibuat.

Report