Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 · Updated to 1 Dec 2021 · Bahagian V · Kuasa Lain Majlis
23. Kuasa untuk mengambil khidmat ejen
Feedback & supportMajlis boleh mengambil khidmat dan membayar ejen dan penasihat teknikal termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur atau penilai atau orang lain untuk menjalankan apa-apa urusan atau untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki untuk dijalankan atau dilakukan dalam melaksanakan kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik.