Seksyen 27
Pengambilan tanah secara paksa
of Akta Majlis Amanah Rakyat 1966
Apabila mana-mana harta tak alih, yang bukan tanah
Negeri, dikehendaki supaya diambil oleh Majlis atau suatu perbadanan bagi maksud Akta ini, harta itu boleh diambil mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi sesuatu maksud awam sedang berkuat kuasa di Negeri yang di dalamnya harta itu terletak, dan apa-apa akuan yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang bertulis itu bahawa tanah itu diperlukan sedemikian boleh dibuat walaupun pampasan akan dibayar oleh Majlis atau perbadanan itu; dan akuan itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah ia suatu akuan bahawa tanah itu diperlukan bagi sesuatu maksud awam mengikut undang-undang bertulis itu.
(2)
Perbelanjaan dan pampasan berkenaan dengan mana-mana harta tak alih yang diambil di bawah seksyen ini hendaklah dibayar oleh Majlis atau oleh perbadanan itu.
(3)
Apabila apa-apa harta tak alih telah diambil di bawah seksyen ini, Majlis atau perbadanan hendaklah mengambil cabutan dokumen hakmilik yang perlu berkenaan dengan harta itu dan hendaklah membayar apa-apa cukai yang harta itu mungkin tertakluk kepadanya.