Skip to content

Seksyen 24

Kuasa untuk memberikan pinjaman

of Akta Majlis Amanah Rakyat 1966

ActIn forceProvision 25 of 47
Seksyen 24
(1)

Dalam melaksanakan kewajipannya atau dalam menjalankan fungsinya di bawah seksyen 6, Majlis boleh memberikan pinjaman, dan pinjaman itu boleh diberikan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Majlis untuk dikenakan dalam hal tertentu.

(2)

Jadual Ketiga hendaklah terpakai bagi pinjaman yang diberikan oleh Majlis di bawah seksyen ini.