Seksyen 25
Kuasa untuk menubuhkan perbadanan
of Akta Majlis Amanah Rakyat 1966
ActIn forceProvision 26 of 47
Seksyen 25
(1)
Majlis boleh dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta menubuhkan, dengan kelulusan Menteri, suatu perbadanan dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh Majlis untuk melaksanakan dan menjaga, menjalankan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan (dalam Akta ini disebut “projek pembangunan berdaftar”) yang telah dirancangkan atau dijalankan oleh Majlis dalam melaksanakan kewajipannya atau menjalankan fungsinya di bawah seksyen 6.
(2)
Jadual Keempat hendaklah terpakai bagi perbadanan yang ditubuhkan oleh Majlis di bawah subseksyen (1).
Fungsi tambahan Majlis