Seksyen 39
of Akta Majlis Amanah Rakyat 1966
Seksyen 39
Tertakluk kepada Akta ini, segala undang-undang bertulis, perintah, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan mengenai atau bagi perlindungan Lembaga dan yang berkuat kuasa sebaik sebelum hari yang ditetapkan hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan oleh pihak berkuasa yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, terus berkuat kuasa pada dan selepas hari yang ditetapkan dan ditafsirkan seolah-olah Akta ini tidak diluluskan:
Majlis Amanah Rakyat 25
Dengan syarat bahawa apa-apa sebutan dalamnya mengenai
Lembaga, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Majlis, dan ungkapan yang membawa maksud sebutan itu hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
(2)
Segala perintah, arahan, pelantikan, pemberitahuan, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Ordinan itu dan yang berkuat kuasa sebaik sebelum hari yang ditetapkan hendaklah, setakat yang selaras dengan Akta ini, disifatkan telah dibuat di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga peruntukan lain dibuat di bawah Akta ini atau sehingga tarikh yang padanya ia habis tempoh.