Seksyen 41
Pemindahan hakmilik harta
of Akta Majlis Amanah Rakyat 1966
Tertakluk kepada Akta ini, segala tanah yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan terletak hak pada atau dirizabkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah bagi maksud Lembaga hendaklah, pada hari itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, terletak hak pada atau disifatkan sebagai dirizabkan bagi maksud Majlis.
(2)
Tertakluk kepada Akta ini dan apa-apa arahan Menteri, segala harta dan aset selain tanah yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan terletak hak pada Lembaga atau mana-mana orang bagi pihak Lembaga hendaklah pada hari itu terletak hak pada Majlis.
(3)
Maka dengan ini diisytiharkan bahawa mana-mana harta, sama ada alih atau tak alih, yang sebaik sebelum hari pertama
Januari 1954 telah digunakan bagi maksud yang sebaik selepas tarikh itu menjadi maksud Lembaga hendaklah pada hari yang ditetapkan terletak hak pada Majlis.
26
No. 20 Tahun 1966