Seksyen 43
Penerusan prosiding jenayah dan sivil
of Akta Majlis Amanah Rakyat 1966
Tertakluk kepada Akta ini, pemansuhan Ordinan itu atau apa-apa yang terkandung dalam Akta ini tidak boleh menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Ordinan itu sebelum hari yang ditetapkan, atau apa-apa prosiding yang dibawa atau hukuman yang dikenakan sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan itu.
(2)
Tertakluk kepada Akta ini, apa-apa prosiding (sama ada sivil atau jenayah) atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebaik sebelum hari yang ditetapkan oleh atau terhadap
Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak
Lembaga boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap
Majlis sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga atau orang sedemikian jika Akta ini tidak diluluskan.
(3)
Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas hari yang ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberikan dalam mana-mana prosiding undang-undang sebelum hari itu boleh dibawa oleh atau terhadap Majlis.