Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 · Updated to 1 Dec 2021 · Bahagian VII · Peralihan
42. Kontrak yang sedia ada
Feedback & supportTertakluk kepada Akta ini, segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum hari yang ditetapkan dan yang menyentuh apa-apa harta yang dipindahkan hakmilik di bawah seksyen 40 hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya terhadap atau memihak kepada Majlis dan bolehlah dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan berkesan seolah-olah, sebagai ganti Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga, Majlis yang telah dinamakan dalamnya atau menjadi pihak kepadanya.