Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 · Updated to 1 Oct 2023 · Bahagian VI · Penyiasatan, Penggeledahan dan Penyitaan
Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 · Updated to 1 Oct 2023 · Bahagian VI · Penyiasatan, Penggeledahan dan Penyitaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seorang pegawai penyiasat boleh memeriksa mana-mana orang yang pegawai penyiasat itu mempunyai sebab untuk mempercayai mempunyai dalam milikannya apa-apa harta, buku atau dokumen lain, atau apa-apa jua pun artikel lain, yang perlu, pada pendapatnya, bagi maksud penyiasatan ke atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, Akta Koperasi 1993 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya, dan bagi maksud pemeriksaan itu boleh menahan orang itu selama apa-apa tempoh yang perlu untuk menjalankan pemeriksaan itu, yang tidak dalam apa-apa hal melebihi dua puluh empat jam tanpa kebenaran seorang
Majistret, dan boleh memindahkan orang itu dalam jagaan ke mana-mana tempat yang perlu untuk memudahkan pemeriksaan itu.
Seorang pegawai penyiasat yang melakukan pemeriksaan ke atas seseorang di bawah subseksyen (1) boleh menyita, menahan atau mengambil milik apa-apa harta, buku, dokumen atau artikel, yang
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 47
dijumpai pada diri orang itu bagi maksud penyiasatan yang sedang dijalankan olehnya.
Tiada seorang perempuan pun boleh diperiksa di bawah seksyen ini atau seksyen 46 kecuali oleh seorang perempuan yang lain.