Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2023Read it in English
Contents

Bahagian VI · Penyiasatan, Penggeledahan dan Penyitaan

49. Kehendak untuk menyediakan terjemahan

(1)

Jika seorang pegawai penyiasat menjumpai, menyita, menahan, atau mengambil milik, apa-apa buku atau dokumen lain dalam menjalankan apa-apa kuasa di bawah Bahagian ini, dan buku atau dokumen lain itu atau apa-apa bahagiannya adalah dalam suatu bahasa selain bahasa kebangsaan atau Bahasa Inggeris, atau dalam apa-apa isyarat atau kod, pegawai penyiasat itu boleh secara bertulis menghendaki orang yang mempunyai milikan, jagaan atau kawalan ke atas buku atau dokumen lain itu supaya memberi kepada pegawai penyiasat itu suatu terjemahan dalam bahasa kebangsaan buku atau dokumen lain itu dalam apa-apa tempoh yang, pada pendapat pegawai penyiasat itu, adalah munasabah dengan mengambil kira tebalnya buku atau dokumen lain itu, atau hal keadaan lain yang berhubungan dengannya.

(2)

Tiada seorang pun boleh dengan diketahuinya memberi suatu terjemahan di bawah subseksyen (1) yang bukan suatu terjemahan yang tepat, jujur dan benar, atau dengan diketahuinya membuat suatu terjemahan di bawah subseksyen itu yang tidak tepat, jujur dan benar.

(3)

Jika orang yang dikehendaki memberi suatu terjemahan di bawah subseksyen (1) bukannya orang yang disyaki telah melakukan kesalahan yang sedang disiasat, Suruhanjaya hendaklah membayar kepadanya fi yang munasabah bagi terjemahan itu.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia 49

Report