Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2023Read it in English
Contents

Bahagian VI · Penyiasatan, Penggeledahan dan Penyitaan

54. Kesalahan menjadi kesalahan boleh tangkap

Tiap-tiap kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini,

Akta Koperasi 1993 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya hendaklah menjadi suatu kesalahan boleh tangkap, dan seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, atau seorang pegawai penyiasat yang dilantik di bawah subseksyen 45(1) boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang semunasabahnya disyaki olehnya telah melakukan atau akan melakukan apa-apa kesalahan itu.

Report