Skip to content

Seksyen 12

Lembaga boleh membuat undang-undang kecil

of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011

ActIn forceProvision 12 of 179
Seksyen 12
(1)

Lembaga boleh membuat apa-apa undang-undang kecil sebagaimana yang perlu atau suai manfaat berhubung dengan pentadbiran, pengurusan, kawalan, urusan, aset dan hal ehwal

Perbadanan termasuk—

(a)

fungsi, kuasa, kewajipan, saraan, faedah dan terma dan syarat perkhidmatan, tatakelakuan atau surcaj ke atas pegawai, pekerja dan ejen Perbadanan;

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 39

(b)

percanggahan kepentingan berkenaan dengan pengarah, pegawai dan pekerja Perbadanan yang sedang berkhidmat dan pengarah, pegawai dan pekerja yang telah meninggalkan perkhidmatan Perbadanan;

(c)

pelantikan, terma rujukan dan aktiviti jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Perbadanan;

(ca) kuorum suatu mesyuarat Lembaga;

(d)

kaedah-kaedah dan tatacara yang hendaklah dipatuhi oleh pengarah pada mesyuarat Lembaga; dan

(e)

apa-apa perkara lain sebagaimana yang dikehendaki untuk diperuntukkan di bawah undang-undang kecil dalam Akta ini.

(2)

Undang-undang kecil yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah mengikat semua orang yang baginya undang-undang kecil itu terpakai.

(3)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi undang-undang kecil yang dibuat di bawah perenggan (1)(b) melakukan suatu kesalahan.