Seksyen 17
Tugas pengarah
of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
Seorang pengarah Lembaga hendaklah, pada setiap masa, bertindak dengan jujur dan demi kepentingan Perbadanan dan menggunakan usaha yang munasabah dalam menunaikan tugas jawatannya.
(2)
Seorang pengarah atau mana-mana orang yang pernah menjadi seorang pengarah tidak boleh—
(a)
menggunakan secara tidak wajar apa-apa maklumat yang diperoleh oleh sebab kedudukannya sebagai seorang pengarah untuk mendapat, secara langsung atau tidak langsung, suatu faedah bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain; atau
(b)
melakukan, mengatakan atau menyiarkan apa-apa yang boleh memudaratkan kepentingan Perbadanan.
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 43