Skip to content

Seksyen 148

Perlindungan penstabilan

of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011

ActIn forceProvision 168 of 179
Seksyen 148
(1)

Perbadanan hendaklah memperuntukkan perlindungan penstabilan mengikut cara yang sama sebagaimana Perbadanan memperuntukkan insurans deposit dalam Bab 1 Bahagian IV atau perlindungan manfaat takaful atau insurans dalam Bab 1 Bahagian V.

(2)

Apa-apa liabiliti atau surat cara kewangan atau manfaat takaful atau insurans yang menjadi hal perkara suatu perintah perlindungan penstabilan dan yang selainnya bukan suatu depositatau manfaat takaful atau insurans dalam pengertian Akta ini, adalah disifatkan sebagai suatu deposit atau manfaat takaful atau insurans dan seseorang yang dengannya obligasi itu terhutang adalah disifatkan sebagai seorang pendeposit atau benefisiari takaful atau orang diinsuranskan bagi segala maksud Akta ini.