Seksyen 150
Pemakaian peruntukan berkenaan dengan institusi anggota
of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
Jika suatu perlindungan penstabilan diperuntukkan berkenaan dengan orang yang ditetapkan, kesemua peruntukan Akta
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 177
ini yang terpakai bagi suatu institusi anggota hendaklah terpakai bagi orang yang ditetapkan.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1)—
(a)
perenggan 14(1)(b) tidaklah terpakai bagi seorang pegawai orang yang ditetapkan;
(b)
Bab 2 Bahagian IV dan Bab 2 Bahagian V tidaklah terpakai bagi orang yang ditetapkan; dan
(c)
orang yang ditetapkan tidak boleh mengemukakan dirinya sebagai suatu institusi anggota dan seksyen 192 hendaklah terpakai bagi orang itu.