Seksyen 27
Penetapan institusi anggota tambahan
of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
Bagi maksud menggalakkan atau mengekalkan kestabilan sistem kewangan atau keyakinan orang awam dalam kestabilan itu dan atas syor Perbadanan dan Bank Negara Malaysia, Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan mana-mana institusi kewangan pembangunan atau mana-mana orang lain yang dikawal selia dan diselia oleh Bank Negara Malaysia, selain institusi kewangan yang ditakrifkan dalam seksyen 2, menjadi suatu institusi anggota bagi maksud Akta ini.
(2)
Perintah yang disebut dalam subseksyen
(1)
boleh memperuntukkan bahawa apa-apa peruntukan Akta ini tidaklah terpakai berkenaan dengan orang itu, atau hendaklah terpakai dengan pengubahsuaian berkenaan dengan orang itu.
52
Undang-Undang Malaysia