Seksyen 29
Perbadanan
of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
ActIn forceProvision 29 of 179
Seksyen 29
(1)
Tanpa menjejaskan seksyen 156, Menteri boleh, atas permintaan Perbadanan, meminjamkan wang atau memperuntukkan pembiayaan kepada Perbadanan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
(2)
Apa-apa peminjaman wang atau peruntukan pembiayaan menurut subseksyen (1) hendaklah dibuat daripada Kumpulan Wang
Disatukan dan jika peminjaman atau peruntukan pembiayaan sedemikian dibuat, Menteri hendaklah menyebabkan suatu penyata mengenai peminjaman atau peruntukan pembiayaan itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat pada peluang yang seawal mungkin.