Seksyen 34
Penyata kewangan dan laporan tahunan
of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
Perbadanan hendaklah, dalam tempoh tiga bulan dari penutupan tahun kewangannya, menghantar suatu salinan akaun tahunan yang diaudit oleh Ketua Audit Negara dan suatu laporan
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 57
tahunan mengenai perjalanan kerja Perbadanan sepanjang tahun itu kepada Menteri, yang hendaklah, secepat yang mungkin, menyebabkan ia dibentangkan di hadapan Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
(2)
Perbadanan boleh menyiarkan akaun tahunan dan laporan tahunan yang disebut dalam subseksyen (1) dalam keadaan akaun tahunan dan laporan tahunan itu tidak dapat dibentangkan di hadapan
Dewan Negara dan Dewan Rakyat dalam masa enam bulan dari 31 Disember tahun taksiran yang sebelumnya.