Seksyen 37
Terma dan syarat keanggotaan
of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
Terma dan syarat keanggotaan suatu institusi anggota hendaklah ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 209.
(2)
Suatu institusi anggota hendaklah mematuhi terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan menurut subseksyen (1).
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan boleh, sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi lima puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 59