Skip to content
In forceUpdated to 21 Jul 2023Read it in English

Bahagian III · Keanggotaan, Pembatalan dan Penamatan

39. Penamatan keanggotaan

Feedback & support
(1)

Lembaga boleh, pada bila-bila masa selepas Perbadanan menerima suatu pemberitahuan di bawah seksyen 98 dan sama ada

Perbadanan telah menjalankan mana-mana kuasanya di bawah seksyen 99 atau tidak, mengadakan suatu mesyuarat untuk memutuskan sama ada keanggotaan institusi anggota itu patut ditamatkan.

(2)

Jika Lembaga bercadang untuk menamatkan keanggotaan institusi anggota itu, Perbadanan hendaklah memberikan notis bertulis mengenai cadangannya kepada institusi anggota itu dan hendaklah memberi institusi anggota itu suatu peluang untuk membuat representasi dalam tempoh lima hari dari tarikh notis itu berkenaan dengan cadangan itu.

(3)

Jika representasi telah diterima oleh Perbadanan daripada institusi anggota itu, Lembaga hendaklah menimbangkan representasi itu dan hendaklah membuat keputusan untuk mengesahkan atau tidak mengesahkan cadangan untuk menamatkan keanggotaan institusi anggota itu.

(4)

Jika Lembaga telah mengesahkan cadangannya untuk menamatkan keanggotaan institusi anggota itu,

Perbadanan hendaklah—

(a)

dengan serta-merta memaklumkan Menteri dan Bank

Negara Malaysia secara bertulis; dan

(b)

mengeluarkan suatu notis bertulis mengenai penamatan keanggotaan kepada institusi anggota yang keanggotaannya

60

Undang-Undang Malaysia hendaklah ditamatkan apabila habis tempoh yang ditentukan dalam notis itu.

(5)

(Dipotong oleh Akta A1505).

(6)

(Dipotong oleh Akta A1505).

(7)

Jika, pada bila-bila masa selepas suatu notis penamatan telah diberikan kepada suatu institusi anggota di bawah subseksyen (4),

Perbadanan berpuas hati bahawa sebagai akibat daripada apa-apa tindakan oleh institusi anggota itu, atau mana-mana orang lain, risiko kepada pendeposit atau benefisiari takaful atau orang diinsuranskan atau Perbadanan telah dielakkan atau dikurangkan secara substansial,

Perbadanan boleh membatalkan notis penamatannya itu dan memaklumkan Menteri sewajarnya.

(8)

Apa-apa keputusan Perbadanan untuk menamatkan suatu keanggotaan atau membatalkan penamatan itu adalah muktamad dan mengikat.

Report

Bahagian IV

Insurans Deposit

Bahagian V

Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans

Bahagian VI

Pemeriksaan Institusi Anggota

Bahagian VII

Tindakan Oleh Perbadanan

Bahagian II

Bahagian II Jadual Kedua Belas kepada Akta Syarikat 2016, pelikuidasi pengendali takaful yang menjalankan perniagaan takaful keluarga—

Bahagian II

Bahagian II Jadual Kedua Belas kepada Akta Syarikat 2016, pelikuidasi syarikat insurans yang menjalankan perniagaan hayat—

Bahagian VIII

Perlindungan Penstabilan

Bahagian IX

Kuasa Berhubung Dengan Aset yang Diperoleh Oleh Perbadanan

Bahagian X

Kesalahan

Bahagian XI

Peruntukan Am

Bahagian XII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules