Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 · Updated to 21 Jul 2023 · Bab 1
4. Matlamat Perbadanan
Feedback & supportMatlamat Perbadanan adalah untuk—
mentadbirkan suatu sistem insurans deposit dan suatu sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans di bawah
Akta ini;
memperuntukkan insurans terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua deposit yang baginya anggota penerima deposit adalah bertanggungan dan memperuntukkan perlindungan terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua manfaat takaful atau insurans yang baginya anggota penanggung insurans adalah bertanggungan;
mengadakan insentif bagi pengurusan risiko yang wajar dalam sistem kewangan; dan
menggalakkan atau menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan.
Dalam mencapai matlamatnya di bawah perenggan (1)(b)
dan (d), Perbadanan hendaklah bertindak dalam apa-apa cara bagi meminimumkan kos kepada sistem kewangan.