Skip to content

Seksyen 9

Kuasa untuk melantik wakil dan ejen

of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011

ActIn forceProvision 9 of 179
Seksyen 9
(1)

Perbadanan boleh, melalui surat cara di bawah meterai perbadanannya, melantik seseorang sama ada di Malaysia atau di suatu tempat di luar Malaysia untuk menjadi wakilnya, dan orang yang dilantik itu boleh, tertakluk pada surat cara itu, melakukan apa-apa perbuatan atau melaksanakan apa-apa kuasa atau fungsi yang dia diberi kuasa oleh surat cara itu untuk melakukan atau menyempurnakan.

(2)

Perbadanan boleh, di dalam atau di luar Malaysia, melantik mana-mana ejen sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk melaksanakan apa-apa tindakan bagi pihak Perbadanan.