Skip to content

Bab 3 Bahagian V, Perbadanan menyifatkannya sebagai wajar bagi nilai liabiliti berkenaan dengan sijil takaful atau polisi insurans anggota penanggung insurans i

4A. “Kuasa Jawatankuasa Pentaksir berkenaan dengan kajian semula balasan atau pampasan

Feedback & support
(1)

Apabila suatu permohonan dirujuk kepada Jawatankuasa

Pentaksir di bawah subperenggan 3(1) berkenaan dengan suatu kajian semula tentang kemunasabahan balasan atau pampasan,

Jawatankuasa Pentaksir hendaklah mengkaji semula kemunasabahan balasan atau pampasan mengikut permintaan yang terkandung dalam permohonan itu.

(2)

Dalam mengkaji semula kemunasabahan balasan atau pampasan, Jawatankuasa Pentaksir hendaklah mengambil kira—

(a)

apa-apa perkara yang dianggap oleh Jawatankuasa

Pentaksir sebagai berkaitan termasuk hakikat bahawa perintah pindah milik telah dikeluarkan; dan

Undang-Undang Malaysia 62

(b)

keadaan pasaran yang terpakai bagi jualan atau pelupusan syer seumpama itu yang dikeluarkan oleh institusi anggota, dan dalam semua keadaan Jawatankuasa Pentaksir hendaklah menolak nilai manfaat yang diperoleh daripada apa-apa bantuan kewangan khas yang diperuntukkan, secara langsung atau tidak langsung, kepada institusi anggota oleh Perbadanan atau Bank

Negara Malaysia.

(3)

Jika Jawatankuasa Pentaksir memutuskan bahawa—

(a)

balasan adalah lebih rendah daripada amaun yang pada pendapatnya adalah amaun munasabah bagi syer yang dipindahkan (dalam subperenggan ini disebut “amaun munasabah”), Jawatankuasa Pentaksir hendaklah menasihatkan Perbadanan supaya membayar kepada pemindah itu perbezaan antara balasan dengan amaun munasabah dan Perbadanan hendaklah dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pentaksir membayar perbezaan itu kepada pemindah itu; atau

(b)

balasan yang pada pendapatnya adalah amaun munasabah,

Jawatankuasa Pentaksir hendaklah menasihatkan

Perbadanan sewajarnya.

(4)

Jika Jawatankuasa Pentaksir memutuskan bahawa—

(a)

pampasan adalah lebih rendah daripada amaun yang pada pendapatnya adalah amaun munasabah bagi hak yang dihapuskan di bawah perenggan 128b(7)(b)

(dalam subperenggan ini disebut “amaun munasabah”),

Jawatankuasa Pentaksir hendaklah menasihatkan

Perbadanan supaya membayar kepada orang yang haknya dihapuskan di bawah perenggan 128b(7)(b)

itu perbezaan antara pampasan dengan amaun munasabah dan Perbadanan hendaklah dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pentaksir membayar perbezaan itu kepada orang itu; atau

(b)

pampasan yang pada pendapatnya adalah amaun munasabah, Jawatankuasa Pentaksir hendaklah menasihatkan Perbadanan sewajarnya.

(5)

Bagi mengelakkan keraguan, Jawatankuasa Pentaksir boleh memutuskan bahawa adalah munasabah tiada balasan ditawarkan atau kena dibayar kepada pemindah atau tiada pampasan ditawarkan atau kena dibayar kepada orang yang haknya dihapuskan di bawah perenggan 128b(7)(b).

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

(6)

Jika Jawatankuasa Pentaksir memutuskan bahawa adalah adil dan munasabah sekiranya bunga atau pulangan lain dibayar atas suatu amaun yang kena dibayar di bawah subsubperenggan

(3)

(a)

atau (4)(a), bunga atau pulangan itu hendaklah dibayar oleh

Perbadanan pada kadar atau dalam amaun yang diputuskan oleh

Jawatankuasa Pentaksir itu sebagai adil dan munasabah dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pentaksir.

(7)

Jika Jawatankuasa Pentaksir memutuskan bahawa adalah adil dan munasabah bahawa kos prosiding di hadapan

Jawatankuasa Pentaksir diawardkan kepada satu pihak terhadap pihak yang lain, amaun yang diputuskan oleh Jawatankuasa

Pentaksir itu sebagai adil dan munasabah untuk diawardkan kepada suatu pihak berkenaan dengan kosnya hendaklah dibayar oleh pihak yang lain itu dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pentaksir.

(8)

Jawatankuasa Pentaksir hendaklah menyelesaikan permohonan yang dirujukkan kepadanya di bawah subperenggan 3(1) dalam tempoh tiga bulan dari tarikh rujukan kepada

Jawatankuasa Pentaksir atau dalam apa-apa tempoh lain yang diluluskan oleh Menteri.

(9)

Suatu perakuan yang ditandatangani oleh ketiga-tiga anggota Jawatankuasa Pentaksir yang mengesahkan mana-mana keputusan Jawatankuasa Pentaksir hendaklah menjadi keterangan muktamad bagi keputusan itu.”.

Report