Skip to content

Bab 3 Bahagian V, Perbadanan menyifatkannya sebagai wajar bagi nilai liabiliti berkenaan dengan sijil takaful atau polisi insurans anggota penanggung insurans i

94. Pindaan seksyen 209

Feedback & support

Seksyen 209 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan

“undang-undang kecil,” perkataan “pemberitahuan,”;

Undang-Undang Malaysia 58

(b)

dengan memasukkan selepas perkataan “undang-undang kecil,” di mana-mana jua terdapat perkataan

“pemberitahuan,”;

(c)

dengan menggantikan subperenggan (3)(d)(i), (ii) dan (iii)

dengan subperenggan yang berikut:

“(i) jika liabiliti deposit suatu anggota penerima deposit dipindahkan kepada dan diambil alih oleh anggota penerima deposit yang lain;

(ii)

jika liabiliti deposit dengan suatu anggota penerima deposit akan diperoleh oleh seseorang yang bukan anggota penerima deposit; atau

(iii)

berhubung dengan draf bank, cek atau surat cara bayaran lain yang seumpama itu atau arahan bayaran atau arahan penjelasan;”;

(d)

dalam perenggan (3)(e), dengan menggantikan perkataan

“antara deposit Islam yang berasaskan jagaan dan deposit

Islam yang lain” dengan perkataan “kategori deposit

Islam yang berlainan”;

(e)

dengan memasukkan selepas perenggan (3)(e) perenggan yang berikut:

“(ea) penentuan dan pengelasan aset yang tersedia dan penggunaan hasil pelupusannya berhubung dengan kategori deposit Islam yang berlainan;”;

(f)

dengan memotong perenggan (3)(f); dan

(g)

dalam perenggan (3)(h), dengan menggantikan perkataan

“jika seseorang berhak kepada manfaat takaful atau insurans daripada dua atau lebih anggota penanggung insurans yang bergabung dan terus beroperasi sebagai satu anggota penanggung insurans” dengan perkataan

“jika liabiliti sijil takaful atau polisi insurans suatu anggota penanggung insurans dipindahkan kepada dan diambil alih oleh anggota penanggung insurans lain”.

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

Report