Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2016 · As enacted · Bab 3 Bahagian V, Perbadanan menyifatkannya sebagai wajar bagi nilai liabiliti berkenaan dengan sijil takaful atau polisi insurans anggota penanggung insurans i
93. Seksyen baharu 207A
Feedback & supportAkta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 207
seksyen yang berikut:
“Pengecualian dari liabiliti 207A.
Tiada pengarah suatu institusi anggota boleh bertanggungan untuk dibawa guaman dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain kerana tidak dapat menjalankan tugasnya di bawah subseksyen 132(1) Akta Syarikat 1965 berhubung dengan mana-mana perbuatan yang perlu bagi—
pemindahan perniagaan, aset dan liabiliti institusi anggota;
pemindahan syer dan surat cara modal institusi anggota; dan
pemindahan waran atau surat cara lain, yang dikeluarkan oleh institusi anggota, yang memberi hak kepada pemegang untuk memperoleh syer dalam institusi anggota, menurut penjalanan mana-mana kuasa di bawah Akta ini.”.